Click here for Myspace Layouts

Sunday, June 5, 2011

SAFIYAH MEMBUNUH MUSUH ISLAM...

Safiyah binti Abdul Mutalib ialah ibu saudara Nabi Muhammad SAW.Ayahnya,Abdul Mutalib bin Hashim ialah pemimpin kaum Quraish yang disegani.Dia ialah adik kandung Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelarkan  'Singa Allah' dan digeruni oleh musuh islam...
Pada awalnya,tentera islam meriah meraikan kemenangan.Namun kemudian mereka ingkar perintah Nabi SAW lalu turun dari Bukit Uhud untuk mendapatkan harta rampasan perang.Apabila pihak musuh melihat hanya tinggal dua orang tentera Islam yang mengawal Bukit Uhud,mere berpatah balik menyerang tebtera Islam semula.

Akibatnya tentera Islam mengalami kekalahan mengejut sehingga ramai tentera islam lari menyelamatkan diri daripada dibunuh pihak musuh.

''Mengapa kamu semua lari dari medan perang dan meninggalkan Rasulullah seorang diri,''jerit Safiyah sambil mengangkat tombak di tangannya.

Namun tiada seorang pun tentera Islam yang memperdulikan jeritan Safiyah dan teruslari meninggalkan medan perang.Hanya tinggal beberapa pahlawan Islam yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan Nabi SAW daripada kepungan pihak musuh.Dalam hal in,Hamzah terbunuh dan berita kematiannya sampai ke telinga Safiyah.

''Suruh ibumu pulang kerumah supaya tidak sedih dan terkejut melihat mayat ayah saudara kamu yang diperlakukan dengan kejam,''kata Rasulullah SAW kepada Zubir apabila mengetahui Safiyah sedang menuju ke tempat jasad tentera Islam yang dikumpulkan untuk dikebumikan

''Nabi meminta ibu pulang ke rumah,''Zubir menyampaikan pesanan Nabi apabila bertemu dengan ibunya.
''Ibu sudah mengetahui tentang keadaan mayat ayah saudara kamu.Insya-Allah,ibu dapat bersabar dan tabah melihat mayatnya sebelum dia dikebumikan,''balas Safiyah dengan nada tenang.

Sifat kepahlawanan Safiyah terserlah dalam perang Khandak.Apabila Nabi SAW bersama angkatan tentera Islamkeluar dari kota Madinah untuk menentang musuh,kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam satu rumahsebagai benteng pertahanan.Hasan bin Thabit ,penyair pada zaman itu ditugaskan bagi melindungi rumah itu daripada bahaya.

''Saya mahu pergi mengintip rumah yang menjadi benteng pertahanan pihak islam.Seandainya tidak ada kaum lelaki di dalam rumah itu,kita dapat serang dan menangkap semua kaum wanita dan kanak2 untuk dijadikan tebusan.Sudah tentu tentera Islam yang berjuang diluar itu mengaku kalah,''kata ketua kaumYahudi keturunan Quraizah kapada pengikutnya.

''Kami akan menunggu di bawah benteng ini dan menunggu arahan tuan,''balas pengikutnya yang bersetuju dengan cadangan ketua mereka.

''Saya melihat ada seorang Yahudi sedang mundar-mandir rumamah kita.Saya bimbang sekiranya perisik Yahudi berketurunan Quraizah,''komen Safiyah kapada hasan yang masih duduk mendiamkan diri.

''Saya minta kamu keluar dari rumah ini dan bunuh Yahudi itu sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita semua,''pinta Safiyah kepada Hasan yang belum menunjukkan apa-apa reaksi

''Kamu keluar sahaja dan bunuh Yahudi itu ,''balas Hasan dengan muka bersahaja.

''Kamu lupa saya adalah seorang wanita ,''Safiyah mengingatkan statusnya kepada Hasan apabila mendengar kata2 Hasan.

''Safiyah saya hanya penyair dan bukan pahlawan.Seandainya saya pahlawan,sudah tentu saya mengikuti Nabi kemedan perang,''Hasan mendedahkan perkara sebenar tentang dirinya.

''Sekiranya begitu,biar saya mencari jalan bagi menghapuskan Yahudi itu,''Safiyah kecewa dengan sikap Hasan itu.

Dia mencari sebatang kayu yang paling keras dan keluar dari rumah perlahan2 mencari orang Yahudi yang mengintip dan sedang mengelilingi rumah itu.

Apabila dia sudah menemuinya,dia memukul orang Yahudi itu dengan kuat sehingga Yahudi itu rebah menyembah bumi.

''Saya sudah berjaya membunuh Yahudi itu.Sekarang,kamu pergilah ambil barang2 yang ada pada mayat si Yahudi itu,''kta Safiyah kepada Hasan.

''Mengapa kamu tidak mengambilnya semasa kamu membunuh dia tadi,''tanya Hasan kepada Safiyah.

''Tidak manis sekiranya saya mengambil barang2 daripada badan seorang lelaki,''balas Safiyah dengan nada sindiran.

''Saya tidak memerlukan barang2 itu .Kamu sajalah yang mengambilnya,''kata Hasan menolak permintaan Safiyah itu.

Safiyah yang kecewa dengan kata2 Hasan keluar sekali lagi dari rumah itu.Dia menghapiri mayat Yahudi itu.dia mencampakkan Yhudi itu ke sebuah benteng.

Tidak lama kemudian datang pulalah pasukan Yahudi menyusul ketua mereka itu.

''Lebih baik kita beredar dari sini.Saya rasa Rasulullah sudah menempatkan beberapa pahlawan Islam bagi melindungi kaum wanita dan kanak2 di rumah itu,''lapor salah seorang Yahudi Bani Quraizah.

''Lihat buktinya sekarang!''kata salah seorang pengikut mereka apabila melihat mayat ketua mereka berada dibawah benteng.

''Myngkin benar kata kamu itu.Lebih baik kita melarikan diri juga sebelum kita menjadi mangsa tentera Islam,''ajakYahudi seorang lagi yang mula melarikan diri.

Safiyah ialah wanita Islam pertama berjaya membunuh musuh Islam.Dia tidak gentar walaupun tiada seorang lelaki pun membantunya semasa menghadapi Yahudi itu.

No comments:

Post a Comment