Click here for Myspace Layouts

Sunday, February 23, 2014

kadang2 senyum yang terukir di bibir...
xmampu menutup semua masalah yg
ade...benar org kate memendm lg sakit
dri meluahkan...tiada sape yg mngerti
hai ini..melainkan Allah yang ku cintai...
sesungguhnya ko maha mngetahui
sgalanya...kuatkan laa hatiku dan iman ku..
berilaa a kekuatan mnepuhi sgala masalah.ini..

Saturday, February 9, 2013

7 JAN 2013

tarikh masuk dan daftar ke maahad STAM........
hari yg paling takut untuk sy mnjejek kan kaki di sini adalah kerana sy dipilih utk bljr ilmuNya...hati yg sedih bercmpur gmbira tidak sama seperti rakan2 lain harus menukar niat ke arah yg lebih positif....bljr disini utk mndalami ilmunya dgn mndalam..tnp ragu2...disini pnglamn baharu yg kami ciptakan tidak sama seperti pd tahun 2008 iaitu tahun pertama sye dn rakan2 mnjejek kaki ke maahad ahmadi(maahad bawah)kengan lama hnya terpahat dihati..rkn2 yg dhulunya ada,tidak sama seperti dahulu.....sy belajar disini dng hati yg terbuke dn rela...belajar ilmu Nya tnpa rase resah dan gelisah....tatkala hati sedih dan bingung...ibu dan ayh mnjadi pngubtnya.....

Hatiku smkin jauh sini..semakin kucari kadamaian utk truskan blajar,smakin menitis air mata sy...xtahu knpe dgn hati ini yg cukup sebak..tnpa teman rapat disisi...si dia yg slame ini mnjadi teman suke duka tiada lagi...dimana kau????berikan aq smngt dan nsihat mcm dahulu...!!!sy tiada kekuatan disini....Tasfiyyah smkin hmpir,,hatiku smkin jauh..apakan daya sy brsyukur kpd Allah dgn nasihat dan dorangn ibu ayah dan rakan sy kmbali bertenaga tnpe nsihat si dia yg sy tggu2 kan....cume harapan dan harapan sy smoga sy lulus dlm ujian kali ini utk mlykkan sy utk mngmbil hnya dlm tmpoh sthun..!!!

2013

rase nye dah lame x mengepost pape at blog ny..kalo dlu bnyk fakta2 mnrik yg dikongsikan di sini..maklumlah sibuk dgn SPM..tp taun ny taun 2013 sy nak brkongsi crite yg saya alami dkt maahad ahmadi sbb taun ny sy still bljr kat maahad...sy di maahad pada taun ini mngmbil STAM...iaitu SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA....kire mcm tingkatan 6 la..pape pun sronok blajar at cny sbb kite blajar ilmu Allah kan..walaupun pada mulenye hati berasa berat utk mngmbil kputusan ini ttpi sy yakin pilihan ibu dan ayah adalah pilihan yg betul2 terbaik...ikutkan hati sy diusia lepasan spm,,ingin sekali utk berehat dan bekerja seperti rakan2 laen yang mane skng sibuk bekerja,,tetapi apekan dayapilihan dan harapan ibu dan ayah menyuruh diri ini untuk mnymbung pelajaran disana...sedih digambarkan kerana semua rakan yg rapat dng diri ini tiada disisi...faizah,afiqah dan fatin farzana yg slalu berada disisi ketika susah dan senang tiada lagi..faizah,yg dahulunya jika sy sakit awk tlong saya..tp skng orng yg mnlong sy xsma mcm awk jge saye..begitu jga afiqah...rindu nak tngok mngajuk n tngisan awk..gelak n suare awk...tmbhan lagi kalo brgaduh dgn faizah...rindu sgt...fatin..................tmpt satu-satunya yg slalu mndgr isi hati dan masalah sy..sume rahsia kite kongsi brsama..suke n duke kite sme2 harungi...tp skng,,tiada lagi....ketika hati berat hndk mmbuat kputsan si dia dtg untk mmberi nsihat...die adalah kkuatan dan smngt sy utk truskan belajar....tiap hari die beri sy nasihat dan kata2 yg mmbuat diri ini kuat utk brada disana....die mmbntu sy sama ada ingin mnruskan pljrn atau bekerja sbg ustzah..........

Friday, March 30, 2012

LAGU YANG MEMBAWA KEINSAFAN...HAYATILAH..!!!

Fursan -- Keinsafan Diri

Di saat yang sepi ini,
Ku duduk seorang diri,
Memohon keampunan,
Dari Ilahi..

Bak lautan bergelombang,
Siang malam pagi juga petang,
Mengharapkan ketenangan,
Dari Tuhan yang Esa..

Betapa rimbunnya dosaku,
Semua terlakar di lembah usiaku,
Salah dan silap di masa yang lalu..
Kini ku sesali..

Ku tidak layak ke syurga-Mu,
Namun tak sanggup ke neraka-Mu,
Ku tunduk sujud merendah diri,
Kembali pada-Mu

Ku tetap setia,
Pada-Mu oh Tuhanku,
Akanku patuhi segala,
Suruhan-Mu..

Akanku jauhi...
Segala larangan-Mu,
Itulah tanda cinta...
Cinta Ilahi..

Ku tetap setia...
Pada-Mu oh Tuhanku..
Akanku patuhi segala,
Suruhan-Mu..

Akanku jauhi...
Segala larangan-Mu,
Itulah tanda cinta...
Cinta Ilahi..

Di saat yang sepi ini,
Ku duduk seorang diri,
Memohon keampunan,
Dari Ilahi..

Monday, January 23, 2012

TITISAN TINTA SEORANG MUJAHIDAH


eindah hiasan adalah wanita solehah...
Adelaide, Febuari 2009
Tepat 7.30 pagi aku tiba di Adelaide Airport. Negara kangaroo dan koala. Pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang aku rasakan begitu asing buat diriku. Namun, aku beruntung kerana aku bukanlah keseorangan di sini.  Aku berjaya menyambung pelajaran di sini bersama kawan-kawanku yang lain. Teringat perbualan kami beberapa hari lepas.
"Eh, nanti masa cuti winter, kita pergi jalan-jalan nak tak? Sydney ke, Melbourne ke. Gold Coast pun seronok jugak." Kata Nani sambil mulutnya sibuk mengunyah burger. Ketika itu, kami berhenti rehat seketika di Kfc Mid Valley setelah membeli beberapa barang keperluan untuk dibawa ke Australia. Sekadar persiapan terakhir. Ajakan Nani disambut riang kawan-kawanku yang lain. Aku seperti biasa, turut serta mengangguk tanda setuju. Tidak sabar untuk menunggu saat itu tiba.
Setelah mengambil baggage, aku menolak troli beg-beg ku keluar. Ada beberapa kawanku yang sudah mendahului ku berada di satu kawasan. Aku segera menuju ke situ. Mataku terpandang kelibat dua orang yang asing bertudung litup di tengah-tengah kawan-kawanku. Bila aku sampai di situ, salah seorang daripada mereka berdua menghulurkan tangan.
"Assalamualaikum. Panggil akak, Kak Ida. Yang ni Kak Ija. Siapa nama adik?" Huluran tangannya ku sambut. Tergamam sebentar apabila salaman bukan hanya sekadar salaman. Tapi disertai dengan pelukan mesra. Terkejut, namun aku terasa ada suatu ketenangan bersama mereka berdua.
Adelaide, Julai 2009
Sudah hampir 5 bulan aku di sini. Sekarang musim dingin sudah tiba. Kesejukkannya bagai menggigit tulang-belulangku. Ketika itu aku baru saja selesai solat subuh. Keseorangan di ruang solat di rumahku. Aku melihat ke luar jendela. Langit yang mula kekuningan. Terdengar kicauan burung sayup-sayup diluar.
"Mungkin ibu burung dah mula mencari rezeki buat anak-anaknya." Bisik hati kecilku.

Tiba-tiba terasa hangat pipiku. Air jernih itu mulai turun lagi. Saat itu, segala kenangan sepanjang berada di Adelaide bagai berputar-putar di mindaku. Ada sesuatu yang bagai mengetuk-ngetuk jiwa ini. Ketukan yang bertalu-talu namun ia memberi ketenangan.
Aku sedar. Aku sentiasa lain daripada kawan-kawanku. Topik yang selalu menjadi perbualan kami sentiasa berkisar kepada keindahan dunia. Aku sedar akan kekurangan diri. Mungkin itu yang menjadi titik tolak kepadaku untuk mencari. Mencari sesuatu yang mampu merawat kepedihan hati. Aku tak menyalahkan kawan-kawanku. Mungkin kerana perasaan rendah diri yang terlalu kuat yang membuatkan aku sentiasa rasa kekurangan. Tapi, pengakhirannya menjejaskan diri aku sendiri. Jiwa memberontak. Walaupun aku berteman, namun aku sentiasa rasa keseorangan. Aku selalu bertanya, "Ya Allah, kenapa kau berikan kekurangan ini padaku. Sedangkan mereka yang lain Kau kurniakan kelebihan. Yang selamanya takkan sesekali aku miliki." Rintihan yang seringkali aku tanyakan di atas sehelai sejadah yang menjadi saksi kepada segalanya.
Persoalan itu sentiasa menjadi sebab kenapa air jernih ini sentiasa mengalir. Tapi, itu dulu. Pagi ini, titisan yang sama mengalir tapi bukan atas sebab yang sama. Kali ini, ia mengalir atas doaku yang berlainan dengan keinginanku dahulu.
"Ya Allah. Aku mahu menjadi seorang wanita yang solehah." Air jernih itu terus-terusan mengalir. Di atas sejadah yang sama, namun kali ini dengan lafaz yang berbeza. Aku yang sekarang dan aku yang dulu. Aku tahu aku mencari sesuatu. Walaupun aku pun tak pasti apa yang aku cari. Namun, aku sentiasa mencari sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada jiwa. Dahulu, dalam setiap sujud solatku, dalam setiap bacaan Al-Quran, aku sentiasa cuba mencari ketenangan itu. Namun, tak pernah sedikitpun damainya ku temui.
Dan sekarang, di bumi yang jauh dari tanah air, aku rasakan bahawa sesuatu yang aku cari selama ini bagaikan semakin mendekati. Sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada hati. Sesuatu yang akan menghilangkan perasaan kekurangan yang aku rasa selama ini.
Kenapa ketenangan ini tak ku temui dahulu? Aku cuba menilai kembali diriku sendiri. Apa matlamat hidup aku selama ini? Adakah semata-mata untuk mengejar kecantikkan duniawi? Setiap malam sebelum tidurku, bibir ini sentiasa mengucapkan kalimah syahadah. Namun, sehampir mana hubungan yang aku bina dengan Allah? Sebanyak mana pernah hati ini rindu pada kekasih Allah? Aku tunaikan kewajipan solat. Namun, sekhusyuk mana aku dalam setiap bacaan, setiap rukuk, setiap sujud ku? Seusai solat maghrib,aku membaca Al-Quran hampir setiap malam. Namun, pernahkah aku cuba fahami setiap butir isi kandungannya?
Aku bagaikan baru dibangkitkan dari lena yang panjang. Terasa baru menemui jawapan kepada setiap persoalan. Terlalu banyak episode-episod yang berlaku di sini yang memberi pentarbiyyahan kepada diri. Aku seorang pemerhati. Dan ketukan yang aku dapat adalah kerana aku memerhati dan mencari. Qudwah hasanah mereka yang mengetuk hati.
Aku mahu menjadi seperti mereka. Walaupun aku tahu aku tak layak. Siapalah aku untuk menjadi seorang wanita solehah. Aku dipenuhi dosa. Kisah hidup aku dipenuhi noda.
Aku teringat lewat di suatu petang, ketika berada di dalam bas dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis tutorial di universiti. Hati terasa ingin membuka tafsir yang berada di dalam beg sandangku. Pada helaian itu, pandanganku bagai terpaku pada satu ayat yang cukup menggetarkan jiwa.
Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
Terasa sebak di hati. Ya Allah, aku mahu berubah. Aku tak perlukan lagi kecantikkan dunia. Aku tak perlukan lagi keindahan dunia. Aku tak perlukan lagi kemewahan dunia. Aku tak perlukan lagi kesenangan dunia. Kerana aku tahu aku tak akan pernah berasa puas jika aku memilikinya.
Adelaide 2010
"Akak, saya nak pakai tudung, boleh tak?" Tersenyum naqibah ku mendengarkan pertanyaanku."Yang bertutup itu jauh lebih dicintai Allah." Pendek jawapannya, namun sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada diri.
Aku sedar aku sudah mula berubah. Sedikit demi sedikit. Walaupun jauh lagi matlamat yang aku inginkan. Tapi aku kumpulkan kekuatan satu demi satu. Kerana aku yakin suatu hari nanti aku pasti akan berjaya sampai ke matlamatku. Menjadi wanita solehah. Dengan izinNya.
Adelaide, Oktober 2010
Setahun yang lalu, aku mahu berubah. Dan aku dihulurkan pertolongan untuk berubah. Namun sebenarnya kekuatan untuk berubah itu sentiasa berada dalam diri setiap insan. Cuma kita yang tiada keberanian untuk memulakan. Sekarang, tanggungjawab aku semakin bertambah. Tiba masa untuk aku pula merubah. Kerana aku yakin di luar sana pasti ada jiwa-jiwa yang turut sama mencari. Pencarian kepada satu jawapan yang selama ini sentiasa berada di sisi. Pencarian kepada pergantungan Ilahi. Moga pengakhirannya adalah penemuan hakikat kemanisan iman dan islam yang sebenar. Itulah kemenangan abadi.
Malaysia, 26 November 2011
Tenang wajahnya saat melafazkan akad. Seorang akhi yang tidak begitu aku kenali. Cuma sekali-sekala bertemu atas urusan tarbiyyah. Saat cincin disarungkan, aku menangis lagi.
Kali ini tangisan ini adalah tangisan kesyukuran. Atas kurniaan Tuhan.

Tarikh 26 November dipilih atas permintaanku. Kerana tarikh ini bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah. Tarikh yang merupakan titik tolak penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w. Tarikh yang aku ingin abadikan sepanjang hidupku. Tanda penghijrahan. Peringatan buat diriku. Bahawa aku pernah berhijrah. Penghijrahan yang bermula atas sebab cintakan keindahan yang membawa aku kepada keindahan cinta hakiki. Cinta Ilahi.
Sekarang, di atas sejadah yang tetap sama, matlamat aku makin bertambah.
Mahu menjadi seorang isteri solehah.
Mahu menjadi qudwah hasanah.
Mahu menjadi daie yang merubah.
Mahu menjadi bidadari syurga firdaus.
Amin Ya Rabb.

Wednesday, December 28, 2011

KEKUATAN BISMILLAH.....


Lafaz bismillah (Dengan nama Allah) induk bagi segala kebaikan, permulaan bagi setiap urusan. Kita juga memulakan dengan bismillah. Wahai diri, ketahuilah sesungguhnya kalimah yang indah dan berkat ini, di samping menjadi syiar Islam, ia juga zikir seluruh makhluk yang ada mengikut  bahasanya sendiri. Andainya engkau mahu mengetahui sejauhmana kandungan ucapan bismillah yang mempunyai kekuatan agung yang tidak pernah luput dan betapa luas  keberkatannya yang tidak pernah berakhir, maka dengarlah wahai diri akan hikayat perumpamaan yang ringkas ini.
Sesungguhnya seorang badawi yang berkelana (bermusafir) di padang pasir, tentunya berlindung dengan ketua kabilah, bernaung di bawah naungannya agar terselamat dari segala kejahatan musuh, agar terlaksana segala tugasnya serta memperolehi segala keperluannya. Sekiranya tidak, maka ia akan kekal keseorangan, terpinga-pinga dan tercengang-cengang di hadapan musuh yang terlalu ramai dan keperluannya yang tidak terbatas.
Begini… kebetulan dua orang lelaki keluar  berkelana. Salah seorang daripadanya bersifat tawadhu' dan seorang lagi pula terpedaya dengan diri sendiri. Maka yang tawadhu' itu bernaung kepada ketua, manakala yang terpedaya tadi menolak dari menerima sebarang naungan. Maka berkelanalah kedua-duanya itu di padang pasir.
Yang bernaung tadi setiap kali mendiami sebuah khemah ia menerima penghormatan dan penghargaan disebabkan kemuliaan nama ketua tersebut. Apabila ia berjumpa perompak, ia akan berkata; sesungguhnya aku berkelana di bawah naungan ketua itu, lalu si perompak tadi akan melepaskannya.
Yang terpedaya pula, ia bertembung dengan pelbagai musibah dan kecelakaan yang tidak mampu diungkapkan. Di  sepanjang perjalanan ia sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan terpinga-pinga. Lalu ia mengutuk dan mengeji dirinya sendiri.
Wahai diri yang tertipu, ketahuilah, engkaulah si badwi yang berkelana itu, dan dunia yang luas inilah padang pasirnya. Sesungguhnya kefakiran dan kedaifanmu tidak terbatas sebagaimana musuh dan kehendakmu juga tidak berkesudahan. Sekiranya demikian, maka bernaunglah dengan nama pemilik dan penguasa sebenar padang pasir tersebut, agar engkau terselamat daripada kelihatan terpinga-pinga di depan alam ini dan daripada kejinya perasaan takut bila berhadapan dengan musibah.
Ya! sesungguhnya kalimah suci bismillah umpama khazanah besar yang tidak akan pernah berkurangan isinya kerana dengan kalimah inilah kedaifanmu itu akan bergantung kepada rahmat yang maha luas bahkan terlebih luas daripada alam ini, dan dengannya juga, kefakiranmu akan bergantung kepada kuasa yang amat hebat yang mentadbir kewujudan ini bermula daripada atom sehinggalah kepada cakerawala. Sehingga akhirnya, kedaifan dan kefakiranmu itu akan menjadi syafaat di sisi yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Pemilik bagi segala kemuliaan.
Sesungguhnya yang bergerak dan yang diam, yang berpagi dan berpetang, yang  mengungkapkan kalimah bismillah adalah seumpama  orang yang terlibat dalam ketenteraan. Ia berurusan atas nama negara dan tidak gentar kepada sesiapapun. Ia berucap atas nama undang-undang dan  negara, maka terlaksanalah segala urusannya dan tetaplah pendiriannya dalam menghadapi semua perkara.
Kita telah menyebut di permulaan tadi bahawa semua makhluk ini berzikir dengan bahasanya yang  tersendiri iaitu dengan menyebut kalimah bismillah… adakah ini benar?
Ya! sebagaimana engkau melihat seorang lelaki yang mengepalai orang ramai dalam satu perbarisan dan memerintahkan mereka supaya melakukan pelbagai jenis urusan, maka sesungguhnya engkau pasti bahawa lelaki ini bukan mewakili dirinya sendiri dan tidak pula mengepalai orang ramai atas nama dan kekuatan dirinya sendiri, tetapi ia sebenarnya adalah seorang askar yang bertindak atas nama negara dan berdasarkan kuasa pemerintah.
Seluruh makhluk ini juga menunaikan tanggungjawabnya dengan lafaz bismillah, maka benih-benih yang teramat kecil itu, dengan lafaz bismillah, ia menjunjung di atas kepalanya pohonan yang besar dan bebanan yang berat. Setiap pohonan ini pula berkata bismillah, lalu penuhlah dedahannya  dengan buah-buahan daripada gedung rahmat Allah, lalu dipersembahkannya rahmat tersebut kepada kita. Setiap taman berkata bismillah, lalu ia seolah-olah menjadi sebuah dapur kepada kekuasaan Allah (S.W.T) yang tersedia di dalamnya makanan yang lazat… dan setiap haiwan yang mempunyai faedah dan manfaat seperti unta, kambing dan lembu pula berkata bismillah, lalu ia menjadi seolah-olah sebuah sumur yang memancutkan susu-susu yang teramat lazat, lalu dipersembahkannya kepada kita sebaik-baik dan sebersih-bersih bahan makanan di atas nama al-Razzaq. Dan akar-akar tumbuhan serta rumput-rampai mengucapkan bismillah, lalu memecahkan bebatu yang keras dengan bismillah dan menembuskannya dengan akar-akar yang menjalar lembut bagai sutera itu, lalu menundukkan setiap kesusahan dan setiap benda yang keras di hadapannya dengan bismillah dan dengan bismirrahman.
Ya! sesungguhnya menjalarnya dedahan pohon di udara, mengendong buah-buahan dan menjalarkan akar-akarnya ke batu yang keras dan ia menyimpan bahan makanan dalam kegelapan tanah… begitu juga dedaunan hijau dapat menanggung kepanansan serta bahangnya itu, lalu dapat terus kekal dalam keadaan segar. Itu semua dan yang lain daripada itu merupakan satu tamparan hebat terhadap mulut golongan materialistik yang menjadi penyembah kepada sebab dan ia juga seolah-olah suatu tempikan di hadapan muka mereka. Sesungguhnya bahan-bahan yang kamu banggakan disebabkan kekerasan dan kepanasannya juga tidak mampu memberi kesan dengan sendiri, bahkan kedua-duanya itu dapat menjalankan tugasnya atas arahan pemerintah yang satu, yang menjadikan akar-akar yang lembut dan halus ini seolah-olah tongkat nabi Musa (a.s) yang dapat memecahkan batu dan tunduk kepada perintah   (Lalu Kami berfirman pukullah batu itu dengan tongkat mu), surah al-Baqarah :60 ; yang menjadikan dedaunan yang lembut dan segar seolah-olah anggota badan nabi Ibrahim (a.s) yang ketika menghadapi kepanasan membaca  (… wahai api jadikanlah diri kamu sejuk dan selamat ke atas Ibrahim), surah al-Anbiya' :69.
Selagi setiap kewujudan di alam ini mengungkapkan dengan makna bismillah dan mengundang nikmat-nikmat Allah dengan bismillah, lalu dipersembahkannya kepada kita, maka wajarlah kita juga untuk mengungkapkan ucapan bismillah, apabila memberikan dan mengambil sesuatu dengan bismillah. Wajib juga bagi kita menolak pertolongan dari golongan yang lalai yang tidak memberikan sesuatu dengan bismillah.
Persoalan; kita menyatakan rasa hormat, rasa kagum kita kepada mereka yang menjadi sebab kepada nikmat yang kita perolehi. Dan apakah yang dipinta dari kita oleh Allah, Pemilik dan Penguasa semua nikmat itu?
Jawapannya; Sesungguhnya Pemberi nikmat yang hakiki meminta kita tiga perkara sebagai bayaran kepada nikmat-nikmatNya yang tidak ternilai itu iaitu zikir, syukur dan fikir.
Maka bismillah pada permulaan adalah zikir, alhamdulillah sebagai penyudah adalah syukur dan keadaan di antara keduanya (zikir dan syukur) adalah fikir iaitu dengan memerhatikan nikmat-nikmat yang indah tersebut serta menyedari bahawa ia merupakan mukjizat bagi kekuasaan Dia Yang Esa, yang menjadi tempat berserah dan juga menyedari itu semua adalah hadiah bagi sifat rahmatNya yang maha luas, maka pemerhatian inilah yang dipanggil fikir.
Tetapi…tidakkah mereka yang sanggup mencium kaki tentera yang menjadi khadam yang menyampaikan hadiah seorang penguasa, telah melakukan kebodohan yang amat dahsyat dan kedunguan yang amat keji. Oleh itu, bagaimana pula dengan mereka yang memuji sebab yang berbentuk kebendaan yang membawa kepada nikmat, lalu menyerahkan kepada sebab tersebut kasih sayang dan ketundukan tanpa mengkhususkan kedua-duanya kepada pemberi nikmat yang sebenar. Tidakkah mereka ini telah melakukan kebodohan seribu kali lebih teruk daripada contoh tadi. Wahai diri, andainya engkau tidak mahu dimasukkan ke dalam golongan yang bodoh lagi dungu tadi, maka berilah dengan bismillah, ambillah dengan bismillah, mulalah dengan bismillah dan bekerjalah dengan bismillah.
Oleh : Badiuzzaman Said Nursi. Daripada Kitab al-Kalimah.

Saturday, December 17, 2011

KISAH PERANG YAMAMAH


Ibnu Katsir membawakan kisah matinya Musailamah Al-Kadzdzab [1] -semoga Allah melaknatnya- pada Perang Yamamah.
Ketika pasukan muslimin dan pasukan Musailamah Al-Kadzdzab berhadap-hadapan, Musailamah berkata kepada pengikutnya, “Hari ini adalah hari kecemburuan. Jika kalian kalah pada hari ini maka istri-istri kalian akan menjadi tawanan dan mereka akan menjadi budak. Oleh karena itu, berperanglah kalian untuk membela kedudukan dan melindungi wanita-wanita kalian.” [2]
Pasukan muslimin terus maju hingga Khalid naik ke tanah yang lebih tinggi dari Yamamah. Kemudian beliau membagi pasukannya.
Bendera kaum Muhajirin dipegang oleh Salim maula Abu Hudzaifah. Bendera kaum Anshar dipegang oleh Tsabit bin Qais bin Syammas, sedangkan kabilah Arab yang lain menggunakan bendera sendiri.
Kemudian pasukan kaum muslimin dan orang-orang kafir saling bertempur. Terjadilah pertempuran. Pasukan muslimin dari kabilah Arab yang lain bisa dikalahkan. Kemudian para shahabat saling menegur sesama mereka.
Tsabit bin Qais bin Syammas berkata, “Sungguh amat jelek kebiasaan yang kalian berikan kepada rekan kalian.”
Lalu terdengarlah seruan dari segala arah, “Berikanlah jalan keluar kepada kita, wahai Khalid.”
Setelah itu, kelompok Muhajirin dan Anshar masing-masing membentuk kelompok sendiri, juga Al-Barra’ bin Ma’rur. Dahulu, blia ia melihat perang maka ia akan gemetar. Lalu ia akan duduk di atas tunggangannya hingga kencing di celananya. Kemudian ia akan menerjang seperti singa.
Adapun Bani Hanifah menjalani oernga ini dengan sungguh-sungguh. Kesungguhan yang belum pernah mereka lakukan sebelumnya.
Karena itu, para shahabat saling memberikan wasiat di antara sesama mereka. Para shahabat mengatakan, “Wahai pengahapal surat Al-Baqarah, hari ini saaatnya pahlawan waktu sahur.”
Tsabit bin Qais membuat lubang untuk menanam kedua kakinya di bumi hingga setengah betis setelah ia mengusapkan obat pengawet mayat dan mengenakan kafan, dalam keadaan ia memegang panji kaum Anshar. Ia masih terus bertahan hingga terbunuh di lubang itu.
Kaum Muhajrin mengatakan kepada Salim maula Abu Hudzaifah, “Apakah kamu khawatir kita akan ditimpa kekalahan karena dirimu?” Lalu Salim mengatakan, “Kalau seperti itu yang terjadi maka aku sejelek-jelek pembawa Al-Quran.”
Zaid bin Al-Khaththab berkata, “Wahai sekalian kaum muslimin, gigitlah kuat-kuat dengan gigi geraham kalian. Teruslah, tebaskan pedang ke arah musuh-musuhmu! Teruslah maju! Demi Allah, aku tidak akan bicara lagi setelah ini hingga Allah mengalahkan mereka, atau aku berjumpa dengan-Nya, lalu aku akan mengajak-Nya bicara dengan alasan-alasanku.” Kemudian ia gugur sebagai syahid, semoga Allah meridhainya.
Abu Hudzaifah berkata, “Wahai penghapal Al-Quran, hiasilah Al-Quran dengan perbuatan.” Lalu ia terus maju ke tengah pasukan musuh hingga gugur, semoga Allah meridhainya.
Khalid bin Al-Walid terus menyerang hingga melewati pasukan musuh dan menuju ke arah Musailamah. Ia senantiasa mengintai untuk bisa mencapai Musailamah agar bisa membunuhnya. Kemudian ia berbalik dan berdiri di antara dua pasukan. Dia menantang untuk duel dan mengatakan, “Aku adalah putra Al-Walid. Aku adalah putra ‘Amir dan Zaid.”
Kemudian ia mengumandangkan semboyan-semboyan kaum muslimin. Mulalilah ia membunuh setiap pasukan musuh yang berduel dengannya. Ia juga akan melumat semua musuh yang mendekat kepadanya. Pasukan muslimin mulai menguasai keadaan. Lalu ia mendekati Musailamah dan menawarkan untuk kembali kepada kebenaran. Akan tetapi, setan yang ada pada diri Musailamah terus membisikinya, sehingga Musailamah tidak mau menerima tawaran apa pun. Setiap kali Musailamah mencoba melakukan pendekatan, setan yang ada padanya selalu berupa memalingkannya. Setelah itu, Khalid meninggalkan Musailamah.
Sebelumnya, Khalid telah membagi pasukan Muhajirin dan Anshar. Khalid memisahkan kedua pasukan ini dari pasukan muslimin yang berasal dari kabilah Arab yang lain. Beliau juga memisahkan pasukan berdasarkan keturunannya masing-masing. Sehingga setiap pasukan berperang di bawah bendera komando keturunannya. Dengan cara seperti itu, maka akan segera diketahui dari bagian pasukan yang mana kekalahan menimpa mereka. Sedangkan para shahabat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam masih terus bersabar menghadapi keadaan yang sangat genting ini. Mereka menghadapai kobaran perang yang belum pernah dihadapi sebelumnya.
Para shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam senantiasa maju menerjang leher-leher musuh, hingga Allah memberikan kemenangan kepada mereka. Orang-orang kafir pun lari tunggang langgang. Namun para shahabat masih terus memerangi sisa pasukan musuh dan menebaskan pedang ke leher-leher mereka. Para shahabat berhasil mendesak pasukan Musailamah di kebun kematian. Hakim Yamamah, yaitu Muhkam bin Ath-Thufail -semoga Allah melaknatnya- telah memberikan isyarat agar pasukan Musailamah memasukinya.
Lalu pasukan Musailamah masuk ke kebun kematian, dan di dalamnya ada musuh Allah, Musailamah. Abdurrahman bin Abu Bakar berhasil mendekati Ath-Thufail dan memanahnya sampai mengenai leher Muhkam dalam keadaan ia sedang berceramah. Abdurrahman berhasil membunuh Muhkam.
Orang-orang Bani Hanifah menutup pintu kebun, namun para shahabat terus mengepung mereka.
Al-Barra’ bin Malik mengatakan, “Wahai pasukan muslimin, lemparkan aku ke arah pasukan musuh di dalam kebun.”
Kemudian, pasukan muslimin menempatkannya di atas perisai, dan mengangkatnya dengan tombak hingga bisa melemparkannya ke arah pasukan musuh melewati pagar. Al-Barra’ senantiasa memerangi pasukan Musailamah yang berada di dekat pintu, hingga Al-Barra’ berhasil membuka pintu tersebut. Kemudian pasukan kaum muslimin masuk ke dalam kebun, baik melalui atas pagar maupun menjebol pintu-pintunya.
Pasukan muslimin terus memerangi orang-orang murtad yang ada di dalam kebun dari kalangan penduduk Yamamah. Kemudian pasukan Islam berhasil menuju ke arah Musailamah -semoga Allah terus melaknatnya-. Ketika itu, ia sedang berdiri di atas pagar yang retak seakan ia adalah unta yang berwarna abu-abu.
Musailamah ingin bersandar karena ia tidak bisa menahan marah. Apabilan setan dalam diri Musailamah meninggalkannya, akan keluar buih dari pelipisnya. Lalu Wahsyi bin Harb,maula Jubair bin Muth’im, mendekati Musailamah dan melemparnya dengan tombak kecil. Tombak itu tepat mengenai Musailamah dan tembus pada sisi tubuh yang lain. Abu Dujanah Simak bin Khirasyah bersegera menuju Musailamah dan menebaskan pedang. Musailamah akhirnya tersungkur tewas.
Seorang perempuan berteriak dari arah gedung, “Pimpinan Wadha`ah telah dibunuh oleh seorang budak hitam.”
Jumlah pasukan kafir yang dibunuh di dalam kebun dan di medan perang mendekati angka 10.000 korban, dan ada yang mengatakan 21.000. Sedangkan jumlah pasukan Islam yang meninggal berjumlah 600 orang, dan ada yang mengatakan 500 orang.